Monday, 3 August 2015

MEASLES

Assalamualaikum and hai hai! :)

so, seperti yg dh dijanjikan utk post ni aku akan share cerita ttg kisah sakit my bro, si atiq ni haaa.

orait, first day. since atiq balik mtd hr rabu dia dh start mengadu yg dia pening kepala and batuk. kami just suruh dia tidur and rehat lah kn. Maybe exhausted sgt kat mtd tu. 

The second day. Khamis dia dah demam, sakit tekak, pening kepala, selsema and batuk2. Kami just bg dia panadol mkn sbb ingat maybe demam biasa jee. 

*atiq yg belakang sekali di pagi jumaat, raya pertama
The third day. Hari jumaat iaitu raya pertama. Kami berada di rembau, negeri sembilan. Kg belah ayh. My bro dia mcm dh bertenaga pagi jumaat tu. Dia gelak2 lepak bagai lah. Tapi selsema n batuk still ada. But then, bila ptg dia dh mcm teruk balik. badan start menggigil, demam panas balik, cirit birit, muntah. So kami just suruh dia rehat jee dulu. sbb raya kan semua org busy buat itu ini. Malam mcm bertenaga balik. Ingt dh sihat lah.

The fourth day. Hari sabtu raya kedua. Kami otw nak ke kg belah ibu, Selangor. Tapi hr ni atiq dh quite teruk lah. Dia menggigil, demam panas, dalam mata merah mcm pecah darah gtu, mata dia pn mcm bengkak xboleh nk bukak sgt, selsema, batuk, sakit tekak, pening, muntah and cirit birit. Kami dah risau. Sebab dia mcm dh teruk sgt. Mcm dh xtahan. And bila perasan kat leher and belakang telinga dia dh start keluar ruam2 merah. Risau dah. Denggi ke apa kan. Tapi kena tggu smpi selangor dulu. Baru boleh g anta dy ke hosp or klinik check.

Dalam 5ptg smpai rumah nenek, ayh ibu solat asar dulu. and keluar balik anta dia check g hosp kajang. dh check2 doc suspek dia denggi. Doc bg dia panadol -.-' and boleh balik. Yg ni aku kurang fhm sikit. setahu aku kalau denggi ni dh check darah n msuk air segala. ni dy bagi panadol je. tp xkisahlah tu. Bukan bidang aku pn haha

so, nak jadi cerita malam tu pukul 10 mlm mcm tu kami kena bertolak balik temerloh sbb pkcik kena heart attack n dimasukkn ke ccu hosp temerloh. so kami kena g utk make sure everythg ok. sampai dalam 1pg. sampai rumah atiq pulak xboleh nk tidur kehulu kehilir dah mcm kronik dh. Dy xtahan sgt dah. So, kami bawa lah dy ke emergency. Pkul 3pg pergi, 5pg bru dpt masuk check. After check dy kena tahan skjap utk masukkn air. Sebab badan dy too dehydrated and panas. 

The fifth day raya ketiga. Pagi tu dlm pukul 8, pegi tgok atiq. Muka dia bengkak2. Muka and badan dia dah penuh ruam2 merah. Mata dia merah mcm pecah darah. Takut sgt tgok. Doc dtg ckp ujian darah dh buat tapi ad result positive denggi n ad yg negative denggi. So dy tanya sign and symptom atiq since first dy sakit. Rupanya atiq ad gusi berdarah. Dia xbgtahu kami. Doc tanya baru kami tahu. So doc suspek dia demam denggi berdarah. Dia tahan atiq masuk wad untuk monitor everythings sementara anta ke makmal utk buat ujian darah sekali lg.

Hari second atiq admit ward.
Since that, raya kami hanya di hosp. Ulang alik bersilih ganti utk jaga dy siang malam. Almost 1weeks atiq kena admit ward. Ditempatkan dalam bilik isolation. Sebab doc pakar dtg ramai2 bincang depan katil and suspek atiq kena measles after ujian darah still ad yg negative denggi and ad yg positive. Aku pn xtahu mcm mane boleh jdi camni haihh. So that atiq ditempatkan dalam bilik isolation. Sebelah bilik patient tibi. gulp! *ok xdk kena mengena pn haha

And alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah atiq dah sihat sekarang. Hari ni dia balik mtd dah :)) Tkasih atas semua doa dan sokongan untuk dia.

Banyak benda aku dapat tgok and hayati bila benda ni terjadi. Sebab ni first time ada family member aku yg kena admit hosp.

  • First, dapat pengalaman tidur kat hosp huuuu. seram sejuk mak. dah terbayang2 dah nurse dtg bwak jarum pukul 2 3 pg. padahal bukan nursee. omg! 
  • Second, aku terharu tgok persahabatan adik aku dgn kwn2 dia. sbb atiq ni ramah mgkin. so dy sakit ni ramai dtg lawat. Mula kwn baik dia dtg sorg. Kwn dia dduk tepi atiq and dia menangis sbb tgok atiq terbaring je. Aku yg kat luar ni usha2 pn menangis sekali haha. Next day, dia dtg lagi bwk lgi sorg kwn baik atiq jgk. Dyrg dua buat2 lawak gelak2 and happy aku tgok atiq yg time tu nk bukak mata pn xlarat boleh ketawa2 sbb dyrg. Next day, kwn2 cina prmpuan kelas atiq dtg lawat. Ramai. Dyrg dtg then semua menangis tgok atiq. Sekali lg aku n kkk aku pn menangis kat luar hahaha. overr nauuu! Siap bt vid call lg sbb ada mmbe atiq xdpt dtg. so hai2 melalui vid cll je. Yg dlm vid cll pn menangis haha. Drama sungguh bdk2 ni! next2 ada je yg dtg lawat. Persahabatan yg mgkn baru setahun jagung sbb atiq baru 16thun boleh seakrab mcm ni. Just terfikir klu aku disitu ada ke yg begitu? hmmm
  • Third, aku kagum tgok semangat dan kekuatan atiq yg dalam kesakitan dan kesusahan tu dia still ingat nak solat. Dia yg ingatkan aku utk kejut dia solat. Dia bangun ambil wudhuk and solat atas katil. menggigil2 badan solat. Aku yg sihat pn boleh buat2 endah xendah hmm. Kalau aku kat tempat dia mgkin aku terbaring jee. astaghfirullah :( 
  • Fourth, after benda ni aku jadi takut nak gaduh dgn adik beradik aku. Takut nak buat endah xendah bila ada yg nak berkongsi cerita dgn aku. Takut utk tidak bergurau senda bila ada masa lapang. Takut klu2 xsempat untuk hargai sebelum segalanya terlambat.

i love you, brother :')

Apapun sepanjang aku jaga atiq, airmata aku ni xberhenti asyik mengalir jee. hahaha. Sedih tgok dy yg sihat boleh terlantar lesu sakit. Tak dapat byg kalau org lain tu ada family mmbe yg kena jauh lebih teruk. Koma/meninggal. hmmm

Dan kematian itu satu kepastian. 

I just can't imagine how i'll face when the 'time' comes. Seriously. T.T


No comments:

Post a Comment